Pra University 2013-2014


ASSALAMMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA

Sudah sekian lama aku tidak mengepost blog
Rase rindu makin membuak buak untuk mengepost blog
Rindu sebenar nye pada zaman aku sekolah. Sudah lame aku meninggal kan sekolah
Sudah dua tahun berlalu, kini 2015 akan menjelang tidak lama lagi
Huhhhh! Aku bekas pelajar pra universiti singkatannya adalah FORM 6
Aku jugak bekas pelajar Sek. Men. Teknik Tuanku Jaafar
Tak sangke aku boleh dapat masuk sekolah 'classter'
Betul tak aku eja? Sekolah yang terkenal dengan pelajar yang cukup cerdik dan melahirkan Engineer yang handal dan bersetaraf dengan sekolah KGV dan Puteri di Seremban 
Abaikan. Takdir menentukan semua nye
Dulu aku bekas pelajar Sek. Men. Taman Tuanku Jaafar
Tapi kini aku bekas Sek. Men. Teknik Tuanku Jaafar, jangan gerun aku tidaklah cerdik
Aku cuma menumpang sahaja di sekolah Teknik untuk belajar 
Aku bukan budak tingkatan 4 atau 5, aku cuma budak tingkatan 6 yang belajar topik lain dari budak tingkatan 4 dan 5

STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) Siapa kate senang nak ambik STPM?
Aku boleh pecah kepala nak belajar benda ni semua taw, Huhh!
Aku menangis disebabkan aku terpaksa ambik STPM ni taw
Ni semua disebabkan parents. Aku tidak menyalahkan parents mahupun takdir
Aku cuma salahkan diri aku yang tidak pandai bertindak
Aku masih mempunyai cita cita untuk menjadi seorang tukang masak
Tapi kini aku telah berubah, aku hanya meminati pada masakan
Cita cita aku kini ingin menjadi seorang guru pendidikan khas
Aku ingin sekali mengajar kanak kanak yang buta, bisu dan pekak
Aku ingin melihat mereka belajar, kanak kanak khas adelah tiket untuk ke syurga
Mereka adalah cukup istimewa, jikalau tidak dapat aku kecapi cita cita ku yang ini
Tidak mengapa, aku redha. Rezeki Allah ade dimana mana

Buat mase sekarang aku akan berehat sebentar
Aku baru sahaja habis dari STPM, aku ingin mencari ketenangan sebentar
Ya Allah! Terima kasih untuk semua nye
Syukur! Alhamdulillah

SEKIAN